122 Rumah Mesra Sabah Maju Jaya Siap Setakat Jun


KOTA KINABALU: Sebanyak 122 unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) siap dibina setakat Jun lepas, kata Menteri Pembangunan LuarBandar Sabah Datuk Jahid Jahim.

Beliau berkata jumlah itu merupakan sebahagian daripada 1,500 unit rumah disasar dibina di seluruh negeri, dengan setiap 73 kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) Sabah menerima agihan kira-kira 20 rumah.

“Baki pembinaan 1,378 Rumah Mesra SMJ akan diteruskan pada tahun ini,” katanya kepada Bernama.Rumah Mesra SMJ dilaksanakan mulai tahun lepas dengan mengguna pakai konsep Projek Perumahan Rakyat Termiskin bagi membantu golongan di bawah gariskemiskinan untuk memiliki rumah.Ia adalah inisiatif berimpak tinggi digariskan di bawah Hala Tuju SMJ digarap kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan matlamat memastikan kesejahteraanrakyat menerusi akses kepada rumah mampu milik.

Pemilihan penerima Rumah Mesra SMJ adalah terdiri daripada mereka yang tersenarai dalam sistem e-kasih, memiliki rumah daif, golongan Orang Kurang Upaya(OKU) dan mengalami bencana.

Ia adalah inisiatif berimpak tinggi digariskan di bawah Hala Tuju SMJ digarap kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan matlamat memastikan kesejahteraanrakyat menerusi akses kepada rumah mampu milik.

Pemilihan penerima Rumah Mesra SMJ adalah terdiri daripada mereka yang tersenarai dalam sistem e-kasih, memiliki rumah daif, golongan Orang Kurang Upaya(OKU) dan mengalami bencana.

Kos pembinaan rumah itu antara lain menggunakan peruntukan geran khas RM125.6 juta daripada kerajaan Persekutuan untuk Sabah pada tahun lepas.

Jahid berkata kementeriannya yang diberi tanggungjawab melaksanakan program itu komited untuk memastikan setiap unit Rumah Mesra SMJ siap mengikutperancangan dan jadual ditetapkan bagi membolehkan golongan sasar menikmati kediaman lebih selesa.
Selain Rumah Mesra SMJ, konsep pemberian bantuan rumah menerusi Program Rumah Sejahtera Rakyat Sabah juga dilaksanakan sejak 2021 dan sehingga kinisebanyak 78 unit rumah telah dan sedang dalam pembinaan, katanya.

– BERNAMA





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *