SUKAU: Kerajaan Sabah melalui Jabatan Tanah dan Ukur Negeri menyerahkan sebanyak 344 Geran Tanah Anak Negeri kepada penduduktempatan di 34 kampung di sini hari ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata geran itu melibatkan tanah berkeluasan 722.5 hektar (1,785.4 ekar) dan melibatkan kampung antaranya Kampung UsahaJaya sebanyak 51 geran, Kampung Sungai Teneggang (49), Kampung Sinar Jaya (30), dan Kampung Sukau (26).
“Daripada 344 geran tanah itu, sebanyak 141 adalah geran tanah hasil daripada Program Perkhidmatan Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS) dan 203 geran dariproses permohonan tanah biasa,” katanya menerusi kenyataan selepas menyerahkan geran itu di sini hari ini.Beliau turut menyerahkan Warta Tanah Rizab Kediaman Anak Negeri Kampung Litang, Sukau seluas 82.3 hektar (203.4 ekar) daripada Pengarah Jabatan Tanah danUkur Datuk Bernard Liew, kepada Pegawai Daerah Kinabatangan Abdul Manap Abd Ruhim.
Sementara itu, ketika berucap pada Majlis Himpunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sukau dan Lamag di sini hari ini, Hajiji menegur pihakyang memperlekeh Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dengan menjadikannya bahan sindiran kepada kerajaan negeri.
Presiden Gagasan Rakyat itu berkata perbuatan tersebut khususnya dilakukan pihak pembangkang negeri, bukan saja tidak wajar malah tidak menghormati ‘SabahMaju Jaya’ sebagai cogan kata rasmi yang terkandung dalam jata atau lambang kebesaran Negeri Sabah.
Katanya inisiatif kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggunakan SMJ dalam pelan pembangunannya juga adalah untuk memartabat dan memperkasakan lagicogan kata negeri Sabah yang sudah wujud sejak awal kemerdekaan negeri ini.
“Kita pilih nama SMJ kerana ia terletak di jata Sabah sejak awal kemerdekaan kita. Saya guna itu untuk memartabat cogan kata itu dan memperkasakannya lagi. Inipun SMJ jadi kritikan. Mereka yang dengki dengan kita, mereka yang dulu tiada hala tuju, kerana itu selalu mereka mempunyai fi kiran negatif.
“Inilah yang dilakukan pembangkang hari ini. Ini niat tidak baik dan terlalu negatif kerana bagi kita SMJ adalah cogan kata yang mesti diperkasa dan dimartabat. Sayaguna ini (Sabah Maju Jaya) untuk bangunkan Sabah,” katanya.
– BERNAMA