40,148 Pelajar SPM Duduki SPM Bermula Hari Ini Di Sabah


Gambar hiasan

KOTA KINABALU: Seramai 40,148 pelajar menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 melibatkan 314 pusat peperiksaan di Sabah bermula hari ini sehingga 15 Mac.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD) Mohd Zaini Yanin berkata, daripada jumlah itu, seramai 36,026 orang adalah calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan yang menduduki SPM di 251 pusat peperiksaan.

Sementara itu, baki seramai 456 orang adalah calon Sekolah Agensi Kerajaan iaitu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan calon Sekolah Menengah Agama Negeri seramai 257 orang.

Seramai 1,242 orang dari Sekolah Swasta Berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) manakala, seramai 2,167 orang lagi adalah calon persendirian yang menduduki SPM di 36 pusat peperisaan.

Dalam pada itu, seramai 183 calon berkeperluan khas (CBK) dengan jumlah paling ramai bagi kategori masalah pembelajaran iaitu seramai 86 pelajar.

Calon berkeperluan khas yang lain termasuk calon kurang upaya fizikal (26), kurang upaya pendengaran (24), kurang upaya penglihatan (rabun) (24), kurang upaya pelbagai (15), kurang upaya pertuturan (lima) dan kurang upaya penglihatan (buta) seramai tiga orang.

Petugas yang bertanggungjawab menjaga peperiksaan SPM kali ini pula adalah seramai 15,281 orang.

 





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *