Kenyataan Media Bersama
ADUN-ADUN PH Sabah
KOTA KINABALU: Kami memerhati dengan serius perkembangan politik di Sabah dan telah mengadakan perbincangan sesama ADUN PH Sabah seramai tujuh orang.
Kami ingin memaklumkan tidak memberikan akuan bersumpah menyokong mana-mana pihak selepas tahun 2020. Jika ada pihak yang mendakwa mendapat sokongan daripada kami, maka ianya tidak benar melainkan kenyataan terakhir kami selepas sidang Dewan Undangan Negeri Sabah yang terakhir pada November 2022 yang lepas.
Kami juga menyatakan pendirian dan keputusan secara en-bloc untuk memastikan kestabilan politik Sabah dibina agar tadbir urus pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar.
YB Datuk Christina Liew
ADUN Api-Api
YB Datuk Fung Ming Poon
ADUN Tanjung Papat
YB Datuk Ewon Benedick
ADUN Kadamaian
YB Phoong Jin Zhe
ADUN Luyang
YB Jannie Lasimbang
ADUN Kepayan
YB Tan Lee Fatt
ADUN Likas
YB Peto Galim
ADUN Inanam