Banjir Sabah Pulih, PPS Di Beaufort Ditutup


KOTA KINABALU : Banjir di Sabah pulih apabila kesemua mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir yang dibuka di Dewan Serbaguna Selagon,

Beaufort telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing jam 2 petang tadi setelah keadaan banjir di Beaufort beransur pulih.

PPS Dewan Serbaguna Selagon sebelum ini menempatkan 46 orang daripada 12 keluarga.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, ketika ini hanya sebuah PPS dibuka iaitu di Tawau bagi menempatkan mangsa kebakaran di Kampung Jawa yang memusnahkan 12 rumah, Khamis lalu.

41 mangsa kebakaran dari 8 keluarga di kampung berkenaan kini berlindung di PPS Masjid Al Munawwaroh, Kampung Jawa, Tawau.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *