KUALA PENYU : Ahli-ahli UMNO termasuk para pemimpin dan keseluruhan anggota parti perlu terus sepakat dan fokus kepada hala tuju untuk memperkukuh kan parti selepas berhadapan kemerostan sokongan rakyat dalam Pilihanraya Negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Beaufort Ak.Mohd Yazri Ak Mohd Yahya berkata, desakan beberapa pihak yang menuntut agar presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertanggungjawab dengan kekalahan tersebut dan meminta beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden parti bukan jalan penyelasaian terbaik untuk memperkasakan parti bagi menghadapi cabaran akan datang.
Katanya, adalah menjadi tugas ahli dan pemimpin parti untuk memikul bersama tanggungjawab untuk memulihkan kekuatan parti atas semangat “Bersatu.Bersetia. Berkhimdat” demi agama bangsa dan negara dengan menolak spekulasi,manipulasi dan persepsi berkaitan kepimmpian UMNO ketika ini yang lebih banyak disuarakan oleh mereka yang bukannya di dalam parti.
“Kita tidak boleh terikut-ikut budaya ini, sebaliknya kita perlu bersama bersatu mempertahankan institusi parti dan presiden agar tidak ada pihak yang cuba memperlekehkan perjuangan UMNO parti keramat yang banyak berjasa kepada bangsa agama dan negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurut Ak Mohd Yazri, desakan melepaskan jawatan pada saat parti belum stabil akibat tewasa dalam PRU lalu tidak membantu memperkukuhkan kesatuan sebaliknya melemahkan lagi UMNO.
“Pada ketika ini bukan masanya untuk menukar kepimpinan, malah perlu diperkukuhkan sokongan kepada kepimpinan dan parti dan dalam keadaan sekarang ada pihak ketiga yang mengambil peluang atas kemelut yang melanda UMNO yang perlu difahami oleh ahli-ahli di peringkat akar umbi,” katanya
Sehubungan itu Ak Mohd Yazkri berkata Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Beaufort akan terus mempertahankan insitusi Presiden dan parti kerana yakin segala ujian dan cabaran yang dihadapi oleh UMNO ketika ini akan dapat diselasaikan jika ahli dan kepimpinan parti dapat bersatu padu dalam satu pasukan dan berpolitik menggunakan akal sihat, bukanya dengan sentimen dan emosi semata-mata.
Ak Mohd Yazri berkata ahli serta kepimpinan UMNO perlu melihat semula ketika Ahmad Zahid mengambil alih jawatan Presiden UMNO pada tahun 2018 ketika parti dalam keadaan kalah teruk pelbagai cabaran ditempuhi namun beliau terus mempertaruhkan dirinya demi rasa sayangnya kepada parti.
“Seharusnya perjuangan dan pengorbanan beliau (Ahmad Zahd) perlu kita hargai ketika ada usaha dari pelbagai pihak untuk menguburkan UMNO namun beiau terus gigih mengemudi UMNO sehingga kini” katanya
Menurut Ak Mohd Yazri lagi banyak faktor perlu diambil kira atas kemerosotan sokongan rakyat kepada UMNO/BN dalam PRN baru-baru ini antara proganda, fitnah dan politik perkauman yang dibawah oleh Perikatan Nasional telah merancuni pemikiran rakyat untuk menyokong UMNO/BN
Sehubungan itu, AK. Mohd Yazri berkata jentera parti di peringkat cawangan dan bahagian perlu diperkukuhkan, tomahan, propaganda serta fitnah yang ditaburkan oleh parti lawan perlu ditangani agar tidak terus menjadi virus yang akan merosakkan pemikiran ahli dan rakyat .