Kebakaran, 6 Rumah Dan 2 Kenderaan Musnah, Seorang Anggota Bomba Dikejarkan Ke Hospital


KOTA KINABALU : Seorang anggota bomba dikejarkan ke hospital setelah mengalami sesak nafas ketika memadamkan kebakaran yang memusnahkan 6 buah rumah dan 2 buah kenderaan di Kampung Sepakat Jaya, di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 8.06 pagi.

Katanya sepasukan 11 pegawai dan anggota bersama sebuah jentera pemadam api dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Lintas dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 13 kilometer dari balai.

Turut membantu memadamkan kebakaran, sepasukan bomba dari BBP Tuaran dan BBP Kota Kinabalu.

“Kebakaran melibatkan 6 buah rumah jenis tidak kekal dan 2 buah kenderaan yang terbakar 100% dan 2 buah rumah kena kesan bahangan.

“Pemadaman menggunakan 4 aliran 800 kaki dan 8 pancutan dari air dari tangki jentera dan pili bomba berhampiran.

“Seorang anggota daripada BBP Lintas, mengalami sesak nafas semasa operasi dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kebakaran dapat dikawal jam 9.16 pagi.

Katanya, setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain, operasi ditamatkan jam 12.57 tengahari.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *