Beliau berkata, dalam apa situasi sekalipun, kesabaran juga hilang jika kerjasama politik yang terjalin hanya daripada sebelah pihak sahaja sedangkan pihak yang satu lagi berterusan mengkhianati kawan.
Justeru katanya, langkah UMNO Sabah dan Barisan Nasional Sabah menarik balik sokongan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor bukan bertujuan untuk menimbulkan kacau-bilau terhadap politik Sabah.
“Asas pertama kepada kestabilan politik ialah ketua kerajaan bukan sahaja perlu mendapat sokongan tetapi perlu menepati kriteria pelantikan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Negeri Sabah.
“Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah jelas menyatakan Ketua Menteri Sabah perlu merupakan ketua sebuah parti yang memiliki majoriti bilangan kerusi.
“Jika Hajiji bukan ketua Bersatu Sabah semasa Pilihan Raya Negeri Sabah tempoh hari, sudah tentu beliau tidak dilantik sebagai Ketua Menteri,” kata Ghazalie.
Abdul Rahman Dahlan di laman Facebook hari ini berkata bahawa tanpa kesabaran demokrasi akan pincang.
Katanya, rakyat Sabah berhak mendapat kestabilan politik terutama dalam cabaran kehidupan dan ekonomi sekarang.
Sementara itu, Ghazalie berkata, perkara asas kedua dalam menentukan kestabilan politik adalah nilai setiakawan antara parti yang bergabung, iaitu setiap keputusan perlu dibuat melalui perbincangan agar tidak bersifat menikam belakang.
Bagaimanapun katanya, Hajiji telah membuat keputusan memecat pemimpin UMNO Sabah daripada jawatan yang diberikan tanpa memaklumkan kepada barisan kepimpinan tertinggi UMNO.
“Tindakan itu bukanlah yang pertama sebaliknya rakyat Sabah tahu bagaimana Hajiji telah beberapa kali mengkhianati UMNO dan Barisan Nasional termasuklah sewaktu keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 apabila Hajiji mengkhianati kerjasama kedua-dua parti melalui sokongan GRS kepada Perikatan Nasional (PN).
“Langkah tersebut menunjukkan sifat Hajiji dan GRS yang tidak mempunyai pendirian sebaliknya cuba menangguk di air keruh demi memastikan parti mereka terus berkuasa.
“Perlukah rakyat Sabah terus dipimpin oleh Ketua Menteri yang bukan sahaja tidak berpendirian dan bermuka-muka, malah kini dipersoalkan keabsahannya?,” soalnya.
“Jika tidak bisa menjadi garam, janganlah menjadi langau yang tidak berguna.
“Selaku pemimpin tertinggi parti Datuk Seri Rahman Dahlan perlu sedar bahawa keputusan UMNO Sabah telah di buat atas keputusan parti.
“Saya nesihatkan Datuk Seri Rahman Dahlan belajar menghormati keputusan parti, jangan jadi wild card dalam perjuangan.