Maya Karin Tidak Habis Diploma






Twitter @maya_karin

Kuala Lumpur: Maya Karin mendedahkan antara punca dia berhenti dari pengajian peringkat diploma adalah kerana pensyarahnya kerap membatalkan kuliah.

Menerusi hantaran di laman Twitter, Maya berkata, dia sering menerima nota menyatakan kuliah dibatalkan atas sebab pensyarah tidak dapat hadir.

“Salah satu sebab saya berhenti selepas setahun belajar di peringkat diploma kerana kerap dapat nota yang memaklumkan kelas dibatalkan disebabkan pensyarah tidak dapat hadir.

“Daripada terus membazir duit ibu bapa, saya berhenti kuliah dan buat kerja dalam bidang teater, melancong mengelilingi dunia dan kemudian masuk dalam industri hiburan,” tulisnya lagi.

Maya memuatkan laporan mengenai isu tiga pelajar Sabah yang berjaya memenangi kes saman terhadap guru bahasa Inggeris mereka kerana didapati ponteng mengajar selama tujuh bulan pada 2017.

 

 








Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *