Pertahankan Kelangsungan UMNO Tambat Hati Anak Muda Dalam Garapan Parti – AK. Mohd Yazri


KUALA PENYU: Anggota Pergerakan Pemuda UMNO tidak boleh memencilkan diri  untuk  membangunkan semula dan mempertahankan kelangsungan  parti.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Beaufort, Ak. Mohd Yazri Ak. Mohd Yahya berkata keputusan

Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri baru-baru ini memperlihatkan keperluan untuk menambat kembali hati anak muda dengan satu garapan yang baharu serta kaedah baharu susulan kemerosotoan sokongan orang Melayu kepada UMNO/ Barisan Nasional (BN).

“Saya yakin UMNO dapat kembali mengambil hati orang Melayu khususnya golongan pengundi muda, sekiranya beberapa perkara dapat diubah dan disusun kembali kerana masih ramai orang di luar sana yang sayangkan UMNO.

“Kita perlu bangkit kembali dan bertekad mengembalikan kegemilangan UMNO sebagai sebuah parti terbesar Melayu di negara ini. UMNO tidak akan hilang dan tidak akan pupus selama-lamanya,” katanya sempena menyambut ulang tahun Penubuhan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Ke-74, di sini, hari ini.

Menurut Ak. Mohd Yazri, Pemuda UMNO perlu terus berperanan memastikan parti itu kekal relevan, sekali gus kembali diterima rakyat untuk memacu kebangkitan yang diharapkan.

Justeru, menurut beliau sebagai sayap parti adalah diharapkan Pemuda UMNO   dapat mendekati, menambat dan memahami golongan muda supaya menyokong UMNO.

“Dekati, fahami dan tambatlah hati anak muda untuk menyokong kita. Inilah amanah terbesar yang harus dipikul sepenuh hati oleh Pemuda UMNO ketika ini” katanya.

Menurut beliau anak muda masa kini kerap dimomokkan melalui media massa dengan propaganda masalah dalaman UMNO sehinggakan mereka melihat perkara tersebut benar menyebabkan fikiran mereka terpesong dengan propaganda, tomahan dan fitnah yang dimainkan oleh parti lawan.

“Saya mengajak pemimpin pemuda UMNO di semua peringkat agar mendekati, memahami dan menambat hati anak muda untuk menyokong kita. Inilah amanah terbesar yang harus dipikul dengan sepenuh hati oleh Pemuda UMNO ketika ini” katanya.

Tambah Ak. Mohd Yazri, pemahaman terhadap citarasa dan kehendak anak muda ini perlu diselaraskan dengan program-program yang sesuai untuk menarik penyertaan mereka bersama dalam UMNO.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *