Rumah Dihempap Pokok Tumbang, Wanita Cedera


KINABATANGAN : Seorang wanita berusia 62 tahun cedera di tangan apabila kediamannya di Kampung Menggaris, di sini, dihempap pokok tumbang, petang semalam.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 10 pagi tadi.

Katanya, sepasukan 5 pegawai dan anggota bomba bersama sebuah jentera dari BBP Kinabatangan dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 31 kilometer dari balai.

Menurut beliau, insiden pokok tumbang itu berlaku kira-kira jam 4 petang semalam (10 Disember) dan menyebabkan kerosakan 80% pada keseluruhan rumah berkeluasan 222 meter persegi.

“Terdapat seorang mangsa cedera ringan. Pasukan bomba bertindak memotong dan mengalihkan pokok tumbang menggunakan mesin pemotong kayu (Chain Saw).

“Operasi memotong dan mengalihkan pokok tumbang masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, wanita yang menghuni rumah berkenaan cedera ringan di tangan, akibat insiden itu.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *