RUU Perbekalan 2023 dibentang bacaan kali pertama –


KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

RUU berkenaan dibentang Timbalan Menteri Kewangan I Ahmad Maslan di hadapan Timbalan Speaker Alice Lau Kiong Yieng.

RUU itu adalah bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan kerajaan, pada 2023.

Ahmad berkata, RUU berkenaan akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua, pada 4 petang, Jumaat ini.

Ia dijadual dibentangkan perdana menteri yang juga menteri kewangan, Anwar Ibrahim.

Pada 20 Dis lalu, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan Mini Bajet 2023 dan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Akauntabiliti) 2022.

Pada 7 Okt 2022, menteri kewangan pada masa itu Tengku Zafrul Aziz membentangkan Bajet 2023 bernilai RM372.3 bilion, peruntukan terbesar dalam sejarah Malaysia.

Tiga hari kemudiannya, pada 10 Okt, Parlimen dibubarkan bagi memberi ruang kepada PRU15 diadakan pada 19 Nov 2022.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *