SPRM Sedang Mengesan Dua Individu Untuk Siasatan Kes


KOTA KINABALU : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes SPRM.

Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM memaklumkan individu pertama, Aries Ryan Phillip Among, 29, mempunyai alamat terakhir di No. 42, Lorong 5, Taman Hilton Donggongon, 88300 Penampang, Sabah.

Sementara itu, individu kedua, Ika Ka Shira Jeffry, 26, pula mempunyai alamat terakhir di Lot 15, Lorong 14, Ujana Kingfisher, Kuala Inanam, Likas, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, PKPs Masnah Basir di talian 088-488381, 016-8811870 atau e-mel kepada masnah@sprm.gov.my.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *