Strategi investasi ESG penting kepada pelajar: Azman Hashim –


Oleh: Aivi Crystel Sibil (Pelajar Komunikasi FSSK)

KOTA KINABALU: Persekitaran, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) penting bagi kehidupan pelajar kata Pro-Canselor UMS, Tan Sri Azman Hashim.

Menurutnya, ESG adalah strategi investasi yang kini bertumbuh pesat di seluruh dunia.

“Strategi investasi tadbir urus melibatkan kod etika, tatasusila, profesionalisme, undang-undang, sistem dan proses.

“Fokus utama dalam strategi investasi ESG adalah persekitaran kerana ia melibatkan isu dan keadaan yang sering terjadi di persekitaran kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen UMS ke-24, di sini.

Menurutnya, persekitaran merangkumi kelestarian dan perubahan iklim yang menjadikan suhu bumi meningkat serta ais mencair.

“Ia memberi kesan kepada syarikat makanan dan kehidupan di bumi, dan ini menyebabkan kemerosotan perniagaan serta kesihatan dan kehidupan harian manusia.

“Justeru, pengetahuan berkaitan ESG penting kepada pelajar terutama untuk masa hadapan,” ujarnya.

Azman berkata, perubahan iklim juga telah mewujudkan teknologi hijau, dan menyebabkan kerajaan komited untuk mempunyai kosong peratus pelepasan karbon pada tahun 2050.

“Selain itu, kesaksamaan jantina penting dalam sosial, seperti syarikat-syarikat di Malaysia terdapat 30% adalah pekerja wanita memperlihatkan kesamarataan terhadap status wanita dan lelaki.

“Sehubungan itu, saya menyeru para graduan untuk terus memupuk ESG dalam diri masing-masing tidak kira di dalam bidang apa pun yang diceburi kelak,” tambahnya.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *